Yang setia berkunjung

Lambaian telah tiba

Khamis, 20 September 2012

Assalammualaikum.... Salam Khamis penuh bermakna hari nie...mudah-mudahan segala urusan yang dilakukan...di berkati Allah SWT hendaknya.... Amin...

Sirih berlipat sirih kajang,
Dimakan dengan sikapur sirih,
Blog nie dah lama bersarang,
Kini tiba masa untuk membersih...
(hehehhe...kelaut pantun ku ini...)

Macam mana nak mula erk...pasal dah lama tak mengadap nie... asyik ngadap Facebook & Twitter je... idea semua dah lari... heheh




Seperti yang telah kita ketahui Tanggal 2hb Oktober 2012 /16 Zulkaedah 1433 Hijrah... Pasangan Amir Hamzah & Nor Anani Abdul Aziz (Pak anjang& Mak anjang) akan berangkat ke Tanah suci bagi menyempurnakan Rukun Islam Ke-5.. Mereka akan menaiki penerbangan pada hari Selasa jam 10 malam...

Alhamdulillah... Kami sekeluarga mendoakan semoga Amir HamzahNor Anani Abdul Aziz (Pak anjang& Mak anjang)...diberi kesihatan yang baik,dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna,semoga segala urusan menunaikan haji dipermudahkan di sana..dan mendapat haji yang Mabrur... Amin... Kami kirimkan doa semoga Pak anjang dan mak anjang selamat pergi dan balik dari tanah suci...  Amin...

Berakhirnya blog ini sebagai blog resepi.... huhuhuhu

Selasa, 29 November 2011

Assalammualaikum dan selamat malam semua.... terlebih dahulu yong ingin meminta maaf buat semua kerna ... sikap yong yang tak menjaga blog nie dengan baik... huhuhuhu...bukan sengaja atau tak sengaja... tapi penyakit "M" dah sampai ke tahapyang dah tak boleh nak di elakan lai... huhuhuhu...Minta maaf sesangat...

Oklah... seperti tajuk di atas... blog nie tidak akan memaparkan lai gambar2 mengenai masakan atau seangkatan dengannya... memang dilupuskan terus dari sini... ye... DILUPUSKAN TERUS.... diulangi... Dilupuskan..jangan terperanjat... tapi...itulah hakikatnya... tiada lagi resepi & gambo disini..(gambo lelama adalah)...huhuhuhuhuhu

Blog ini hanya akan memaparkan tentang kehidupan & info sahaja... ye... Kehidupan & Info Sahaja...itupun info yang tiada berkaitan dengan Makanan& masakan... kerana........ jeng...jeng...jeng..... Info2 Makanan & Masakan Hanya leh dilihat di Auntie yong ipin cooking blog... hehehehheeh... Jangan mare.... apa2 pun... blog nie tetap juga aktif tuk cerita ceritun kehidupan kami... kalau senang... jengah2 le ke blog yong satu lai tu... join situ pun okay... heheheh tapi cerita tentang resepi & info masakan je disana... di sini... hanya luahan biasa.... hehehehhehe

Master Chef Malaysia( Peluang Di Depan Mata)

Isnin, 4 April 2011

Berhati-hati ketika pendakian
Terjatuh gaung membawa padah
Selamat malam Teman-teman
Moga diulit mimpi indah
Assalammualaikum... dan selamat Malam semua...

oklah.... seperti yang semua tahu...
x lama lagi astro akan  menyiarkan satu lagi rancangan realiti baru terbitannya..
 iaitu Master Chef Malaysia... Pada sesiapa yang berminat..  (klik disini)... .. Segala syarat-syarat & peraturan tuk menyertai rancangan nie.. ade di laman tersebut... rasanya.. tak salah tuk mencuba... betul tak..hehheheh

Pada rakan -rakan blogger lain... che mat ,kak su ,ummi & kengkawan blogger yang lain...
 apa lagi... joinlah.. manalah tahu rezeki...
terpilih tuk rancangan realiti nie...
 Kite doa sama2.. semoga semua berjaya... Amin...
Chaiyookk.............. sekian...

Hari Bersejarah buat Wakly..

Ahad, 27 Mac 2011

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh....


Di sini Yong ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis (walaupun dah terlewat sebenarnya.. heheh)kepada semua warga PDRM yang bertugas di mana sahaja. Tak kira yang bertugas di bawah terik mentari menjaga lalulintas, yang sedang membuat rondaan cegah jenayah serta yang sedang menjalankan operasi hari ini...terutamanya.. buat kawan yong yang sorang nie... hehheh Sazly hassan@ wakly...hehhehe tahniah bro... (segak kau berpakaian polis...)ahakss..bawah nie ader gambo nye...

APA ITU BENZOYL PEROXIDE (BP)

Sabtu, 26 Mac 2011

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatu...
myspace layouts images

salam pagi & salam seri kesihatan tuk kome semua.. hari nie yong nak kongsikan sedikit info tentang Benzoyl Proxide(Benzoil Peroksida)..baru2 nie di FB sibuk memperkatakan tentang Tepung Gandum  putih (Bleached)...memula ingatkan depa main2.. tapi.. setelah yong mengoogle hari nie.. & melihat sendiri bahan yang tertera di plastik tepung gandum ... ternyata ianya benar.. huhuuh (kome leh baca kat laman web dibawah nie)sekadar renungan bersama...

myspace layouts
Laman Emjay:
"Mr Y menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya. Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan."

Katanya lagi "dengan mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat. Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit. "

Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP. Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya .."
from:http://getacnetreatmentas.com
Benzoyl Peroxide

Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment. Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells and killing bacteria within pores. Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter.
Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry and peeling skin. It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair.


Benzoil Peroksida

Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoil Peroksida pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. benzoil peroksida sangat mudah terbakar, meletup, beracun, dan disyaki sebagai promotor tumor (mungkin) .
Ini juga merupakan agen pemutihan yang kuat dan akan menyebabkan perubahan warna ketika gunakan pada pakaian dan rambut..(takutnya..huuhuhuu)

Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada  kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk )seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupas.
http://msds.chem.ox.ac.uk/BE/benzoyl_proxide.html
Benzoyl Peroxide

Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE
Toxicology
Possible tumor promoter. May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant. Typical TLV 5 mg/m3.

myspace glitters

Daripada keterangan dari 3 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah :· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

Dalam Kes Tepung Gandum:(nie kene baca.. lain lai.. kalau pegi beli tepung gandum... tengok dulu bahan yang terkandung... )

myspace glittersProses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih ...
myspace graphics
Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang. Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an.

Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.
Sekian wassalam wallahuaqlam...
(sekadar berkongsi apa yang boleh...& ingat.. sebelum membeli apa2..lihat dulu kandungan bahannya..)

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino