Yang setia berkunjung

Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Master Chef Malaysia( Peluang Di Depan Mata)

Isnin, 4 April 2011

Berhati-hati ketika pendakian
Terjatuh gaung membawa padah
Selamat malam Teman-teman
Moga diulit mimpi indah
Assalammualaikum... dan selamat Malam semua...

oklah.... seperti yang semua tahu...
x lama lagi astro akan  menyiarkan satu lagi rancangan realiti baru terbitannya..
 iaitu Master Chef Malaysia... Pada sesiapa yang berminat..  (klik disini)... .. Segala syarat-syarat & peraturan tuk menyertai rancangan nie.. ade di laman tersebut... rasanya.. tak salah tuk mencuba... betul tak..hehheheh

Pada rakan -rakan blogger lain... che mat ,kak su ,ummi & kengkawan blogger yang lain...
 apa lagi... joinlah.. manalah tahu rezeki...
terpilih tuk rancangan realiti nie...
 Kite doa sama2.. semoga semua berjaya... Amin...
Chaiyookk.............. sekian...

APA ITU BENZOYL PEROXIDE (BP)

Sabtu, 26 Mac 2011

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatu...
myspace layouts images

salam pagi & salam seri kesihatan tuk kome semua.. hari nie yong nak kongsikan sedikit info tentang Benzoyl Proxide(Benzoil Peroksida)..baru2 nie di FB sibuk memperkatakan tentang Tepung Gandum  putih (Bleached)...memula ingatkan depa main2.. tapi.. setelah yong mengoogle hari nie.. & melihat sendiri bahan yang tertera di plastik tepung gandum ... ternyata ianya benar.. huhuuh (kome leh baca kat laman web dibawah nie)sekadar renungan bersama...

myspace layouts
Laman Emjay:
"Mr Y menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya. Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan."

Katanya lagi "dengan mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat. Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit. "

Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP. Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya .."
from:http://getacnetreatmentas.com
Benzoyl Peroxide

Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment. Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells and killing bacteria within pores. Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter.
Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry and peeling skin. It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair.


Benzoil Peroksida

Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoil Peroksida pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. benzoil peroksida sangat mudah terbakar, meletup, beracun, dan disyaki sebagai promotor tumor (mungkin) .
Ini juga merupakan agen pemutihan yang kuat dan akan menyebabkan perubahan warna ketika gunakan pada pakaian dan rambut..(takutnya..huuhuhuu)

Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada  kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk )seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupas.
http://msds.chem.ox.ac.uk/BE/benzoyl_proxide.html
Benzoyl Peroxide

Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE
Toxicology
Possible tumor promoter. May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant. Typical TLV 5 mg/m3.

myspace glitters

Daripada keterangan dari 3 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah :· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

Dalam Kes Tepung Gandum:(nie kene baca.. lain lai.. kalau pegi beli tepung gandum... tengok dulu bahan yang terkandung... )

myspace glittersProses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih ...
myspace graphics
Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang. Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an.

Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.
Sekian wassalam wallahuaqlam...
(sekadar berkongsi apa yang boleh...& ingat.. sebelum membeli apa2..lihat dulu kandungan bahannya..)

INFO TENTANG BUAH ASAM JAWA..

Isnin, 10 Mei 2010


BUAH ASAM JAWA SEBELUM DIPROSES..

Assalammualaikum... seperti yang kiter semua tahu..Asam jawa banyak digunakan sebagai bumbu masakan. Tak jarang juga digunakan sebagai bahan minuman. Nyatanya buah berbentuk polong dengan rasa asam itu memang memiliki khasiat yang luar biasa bagi tubuh. 

Asam Jawa (Tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar daerah tropis. Buah asam per 100 gram mengandung kalori sebesar 239 kal, protein 2,8 gram, lemak 0,6 gram, hidrat arang 62,5 gram, kalsium 74 miligram, fosfor 113 miligram, zat besi 0,6 miligram, vitamin A 30 SI, vitamin B1 0,34 miligram, dan vitamin C 2 milgram. Kulit bijinya mengandung phlobatannin dan bijinya mengandung albuminoid , serta pati.
Manfaat asam Jawa antara lain untuk menyembuhkan asma, menyembuhkan batuk, demam, reumatik (sakit sendi), haid tidak teratur, alergi dan menurunkan berat badan.

Berikut ini beberapa tips menggunakan asam jawa untuk pengobatan:
1. Untuk Anda yang menderita asma, rebuslah dua potong kulit asam jawa dan adas( sejenis herba) dengan 1 liter air sampai mendidih, kemudian ditapis. Minum air rebusan dua kali sehari.

2. Untuk batuk kering, gunakan buah asam jawa sebanyak tiga polong dan setengah genggam daun saga. Kedua bahan tersebut direbus dengan empat gelas air hingga tinggal satu gelas, kemudian tapis dan diminum dua kali sehari tiap pagi dan petang.

3. Jika anggota keluarga ada yang demam,.Cubalah dengan rebusan asam jawa. tapis air rebusan dan minum dua kali sehari, pagi ptg.untuk luaran pupukan air asam jawa di seluruh badan & kepala..

PADAMKAN LAMPU KEDIAMAN ANDA * SAYANGI BUMI KITA*

Jumaat, 26 Mac 2010

ASSALAMMUALAIKUM... salam sayang dari teman buat kome semua.. maaflah blog nie dah lama teman x jengah,rasanya dah naik bersawang.. bukan apa.. teman semenjak 2 menjak nie ader rasa cam tak berapa sihat.. almaklumlah keadaan cuaca sekarang.. tapi Alhamdulillah,hari nie teman ader rasa baik sikit..

Oh ye.. pagi nie teman ader dapat berita yang kurang baik dari keluarga di PJ.. Mak ngah teman di kampung sakitnyer dah teruk/tenat.. Hospital dah suruh bawa balik umah.. jadinya.. dia ingin berjumpa semua ahli keluarga..teman pulak minggu depan baru balik lepas husband gi checkup.. teman doakan semoga mak ngah tetap sihat,tapi kalau ada apa2 yang buruk berlaku pada diri Mak Ngah dalam masa semingu nie... kami redha dengan ketentuan ILAHI....

Anyway.. sebelum teman berenti seketika,teman nak berkongsikan tentang apa yang akan berlaku pada esok malam.. ha.. bukan ajak nonton rancangan Akademi Fantasia yer.. tapi ajak kome ramai2 memadamkan letrik selama
1 JAM bemula kul 8.30MALAM -9.30 MALAM.. sempena EARTH HOUR..
jadi apa kata kiter semua melakukan apa yang patut kiter lakukan untuk menyelamatkan BUMI dari Pemanasan  /mengurangkan tenaga (haba) dari memusnahkan BUMI..


JANGAN LUPA MELAKUKAN APA YANG BAIK UNTUK MENYELAMATKAN BUMI DARI PEMANASAN GLOBAL YANG TERLAMPAU INI.. & KALAU KOME RAJIN ATAU INGIN MENDAPATKAN SERBA SEDIKIT INFO TENTANG HARI EARTH HOUR, DATANG LAH BERAMAI2 DI (lihat poster di bawah)


JANGAN LUPA UNTUK BERBUAT SEDEMIKIAN..

SEDIKIT INFO BUAT TATAPAN KOME PETANG KHAMIS NIE...

Khamis, 11 Februari 2010

Assalammualaikum dan selamat petang..hmmm hari nie teman nak berkongsi sikit sebanyak info tentang penjagaan wajah..cam Wajah Dato Siti Nurhaliza...

Amacam... cantik kan...
ha... mesti kome semua sukakan.. tambah2an lagi pada bakal2 pengantin..mesti nak tahu camna caranye nak naikan seri wajah...kat bawah nie teman ader sedikit info untuk kome semua...
ha...apalagi..jom kiter layannnnzzzzzzzzzzzz:-

Give away,Deko English Style

Ahad, 24 Januari 2010



salam...hari tu teman ader ler berjalan2 dari blog ke blog...tetiba teman nengok ader contest nie siap ngan gambo deko nie..apalagi la...hihihi..seronok beb..bila lihat giveaway dari mrsnor hati nie berbunga-bunga.. tengah dok pk..alangkah seronoknyer kalau teman yang dapat deko giveaway nie...rasa dunia nie teman yang punya..

BACA NIE.. BERITA BAIK.....

Berita Baik Bagi Mereka Yang
Berpunggung Besar ...

Posted in Sembang2, tips kesihatan Posted by
Faridah Aziz at 12:09 PM



(JENNIFER LOPEZ SALAH SEORANG
YANG MEMPUNYAI PUNGGUNG BESAR)

LONDON - Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.


Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

SEKADAR RENUNGAN KITER BERSAMA..

Jumaat, 25 Disember 2009

ASSALAMMUALAIKUM... SEMUA.. SEBELUM TU .. TEMAN NAK MINTA MAAF PADA SEMUA/PIHAK YANG TERBACA ARTIKEL INI.. APER YANG TEMAN PAPARKAN NIE,BUKANLER  SEKADAR OMONGAN KOSONG ATAU REKAAN SEMATA-MATA.. DAN TAK DE NIAT DI HATI TEMAN UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN KOME SEMUA...TEMAN BERDOA KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA HINDARILAH PERKARA BURUK NIE  DARIPADA BERLAKU LAGI.. TEMAN BERKONGSI PERKARA NIE AGAR KITER SEMUA BERSIAP-SEDIA DARI SEKARANG.. JANGAN ADER YANG LEKA LAGI.. MUDAH-MUDAHAN ALLAH MERAHMATI KITER SEMUA.. AMINN..

TEMAN NAK BERTANYA NIE.. MASIH KAH KOME INGAT TENTANG TSUNAMI /GEMPA BUMI  YANG MELANDA ACEH & SEKITAR ASIA????FENOMENA INI TELAH MENGEMPARKAN DUNIA DAN TELAH MENGORBANKAN HAMPIR 230,000 NYAWA PADA 2004(26/12/2004).. DAN BESOK (26/12/2009) GENAPLAH
5 TAHUN BENCANA ITU BERLAKU..

OKLAH, TEMAN ADER TERBACA SURAT KHABAR SEMALAM (24/12/2009) , MENYATAKAN BAHAWA SATU GEMPA BUMI SEKUAT 8.6 SEKALA RICHTER DIRAMAL BERLAKU DI KEPULAUAN SIBERUT,SUMATERA BARAT
DENGAN MENCENTUSKAN GELOMBANG TSUNAMI
YANG MENYAMAI TRAGEDI 2004.. 
(TEMAN BUKAN LER NAK MENAKUT-NAKUTKAN KOME SEMUA.. TAPI TEMAN NAK BERKONGSI APER YANG TEMAN TAU.. INI BUKAN LAH REKAAN SEMATA-MATA.. TAPI BERDASARKAN APER YANG TERCATAT DI SURATKHABAR KOSMO BERTARIKH 24/12/2009 DICATAT OLEH MAZLINA ABDUL MAJID..)

BERDASARKAN APER YANG TEMAN & KELUARGA BACA...
RAMALAN PAKAR2 GEOLOGI,GEMPA ITU AKAN BERLAKU PADA
BILA-BILA MASA  MULAI SEKARANG UNTUK TEMPOH DUA DEKAD AKAN DATANG ... PENGARAH BAHAGIAN GEOFIZIK & TSUNAMI JABATAN METEOROLOGI , DR.MOHD ROSAIDI CHE ABAS BERKATA... "GEMPA SEKUAT ITU BOLEH MENYEBABKAN TSUNAMI YANG MENGANCAM  KAWASAN PANTAI BARAT SEMENANJUNG  MALAYSIA TERUTAMA  MELAKA & JOHOR.."

MENURUTNYER LAGI " ANCAMAN BENCANA ALAM NIE BERLAKU SELANG
200 TAHUN DENGAN KALI TERAKHIRNYA  TAHUN 1833..
KALAU GEMPA NIE /TSUNAMI BERLAKU DI SUMATERA BARAT, KITA ADER MASA TIGA HINGGA EMPAT JAM UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA PENDUDUK KAWASAN PANTAI NEGARA NIE."

CENDOL & LENGKONG

Rabu, 23 Disember 2009

Assalammmualaikum semua... maaf ler teman dah lama x berinteraksi ngan kome semua... teman nie baru bangkit dari DEMAM... jadinyer..bila dah demam,computer pun DEMAM ler... hehehhehhe

bila demam nie... tekak nie nak makan pun susah sikit.. ader payau rasenyer..
jadinyer.. hubby teman ler tempat teman nak mintak macam-macam.. demam-demam pun teman nak makan benda yang berais...



ini cendol special... terdapat di muo berdekatan balai polis muo..
pada kome yang rajin bertandang kat muo.. jangan uper merasai cendol nie...
memang sodap...



ini lengkong pelangi...
kalau nak buat lengkong nie sama ngan lengkong biasa..cuma kena bahagikan pada banyak
bahagian... tak salah nak mencube..
asalkan rajin nak mengerjakannya...
memang sodap...

WARUNG KITER LAGI ( NASI LEMAK,ROTI CANAI & TEH TARIK)

Khamis, 17 Disember 2009

Asssalammualaikum semua....sarapan aper pagi nie???? teman ngan hubby sarap roti telur ngan air kupi..... hari hujan macam nie memang memerlukan tenaga yang lebih untuk memanaskan badan.... oklah... mungkin pada kekome yang bekerja...nak bersarapan kat umah mungkin terhad... alih-alih   sarap kat luar ler nampak gayanyer... biasanyer kalau sarapan pagi nie ,kebanyakannyer mengemari NASI LEMAK,ROTI CANAI, TEH TARIK & SEBAGAINYE...


Kali nie teman nak berkongsi lagi gerai-gerai nasi lemak,roti canai & sebagainyer...dalam ruangan WARUNG KITER LAGI..... saksikan...... ZZAAAAAAAAAASSSSS!!!!



Nasi Lemak @ Restoran Sri Murni

Location: SS2, Petaling Jaya
Recommended by madey

 
"Nasi lemak di sini dihidang bersama telur goreng, ikan bilis, kacang goreng, timun, dan tak lupa juga sambal yang amat menyelerakan serta ayam goreng yang besar. Nasi lemak ini merupakan sajian kegemaran di kalangan pengunjung restoran yang tak putus-putus berkunjung ke sini. Sajian yang disediakan dan harga yang berpatutan amat berbaloi untuk semua peringkat masyarakat. "



Nasi Lemak @ warung tepi jalan


Location: keramat au1,

depan gerai-gerai makan

(depan rumah flat)

Recommended by mohd irwan
 

 
ROTI CANAI MUO-BANDAR MAHARANI
Lokasi: bandar maharani muo..
bersebelahan kfc &
hadapan pasaraya astaka...


nie memang kesukaan anak yang
mak teman jaga.... cicah gula..
 
ROTI CANAI MAMAK/MAPLEY
(MASTANGHANI)
Lokasi: PASAR BESAR JALAN OTHMAN
,PETALING JAYA.. (bersebelahan tangga).
 
"Roti canai dia memang garing,SEDAP..ramai pengunjung setiap pagi kat gerai nie...
kalau nak minum pulak..gerai sebelah dia..memang terangkat dia punya teh tarik...
 

 
INI LER ROPENYE DIA PUNYA TEH TARIK....
AMACAM... KOME NAK COBE???
 
HA... APALAGI.. GERAK LER CEPAT....
NANTI HABIS PULAK.. HEHEHEHEH

WARUNG KITER LAGI..

Rabu, 16 Disember 2009

Kome kalau naik kl/ selangor tak tau nak cari makan kat mana-mana tempat.. ha...
tempat makan kat bawah nie mungkin leh bantu.... memang best ...sedap...  lepas nie banyak lagi tempat makan yang teman nak kongsikan dengan kome semua....



Laksa @ Alisan Mamak Mee

Location: Corner MAMAK/MAPLEY
area in SS2,diantara Kelana Jaya
and Taman Bahagia LRT.


ADER MEE JAWA,(SPRTI DI ATAS) LAKSA, MEE GORENG MAMAK
 ,& BERMACAM LAI LER....




Laksa @ Laksa Penang Mega
(Tanpa Belacan)

Location: Pasar Tani Putrajaya, Pasar Tani Kerinchi,
Pasar Tani Salak Jaya,
Pasar Tani MAHA Serdang.


Recommended by Mohd Irwan

"The Best Original Recipe in Town...
Laksa Penang served Without 'Belacan'...
 Most popular at PUTRAJAYA.. almost every tuesday n friday people que to get this LAKSA PENANG MEGA without 'Belacan'.
And if u late
100kg Laksa finish before 9.00pm. You all must try.... "



Nasi Lemak @ Andalas Corner

Location: Taman Andalas, Klang, Selangor
Recommended by : deadkiss
"Best ever 'sambal' and creamy nasi lemak!!"




Nasi Lemak @ NASI BERINGIN

Location: mutiara bangsar,bangsar

Recommended by: fahdilah

 "bukan nasi lemak biasa..
nasi lemak bertumis & berempah.. nasi beringin berasal dari Muar .....terdapat pelbagai lauk seperti ayam goreng,sambal telur,sambal sotong,
rendang daging,tauhu goreng,kuah kari &
kuah kurma..."

HA..BUKAN ITU SAJE.. TEMPAT-TEMPAT NIE MEMANG POPULAR DIKALANGAN PENDUDUK &
PENGUNJUNG YANG BERJALAN-JALAN DI SEKITAR
SELANGOR & KL

WARUNG KITER..

Isnin, 14 Disember 2009



Nasi Lemak @ Medan Makan Jalan 223
(Also known as Selera Jaya 223)

WARUNG 1 MALAYSIA.

Location: Jalan 222,Jalan 223, Jalan 227,
SS14 Petaling Jaya, Selangor..

Assalammualaikum.. tengah watper tu???? mesti kome tertanya-tanya mana teman menghilang dalam 2 ,3 hari nie.. teman yang sebenarnya .. sibuk sikit.. al-maklumlah.... dah jadi setiausaha peribadi bapak mertua teman nie.. banyak sangat keroje yang harus dilengkapi akhir2 tahun nie..oklah..

teman nie nak berkongsi sikit tentang gerai makan yang teman dan hubby suka pergi bila balik PJ.. gerai makan nie memang POPULAR bagi penduduk PJ,KL, &SEWAKTU dengan nyer..

mana taknyer..cakap ajer aper yang kome nak makan.. semua ader..macam2 warung  ader,dari masakan kampung ke masakan oghang putih...yang goreng -goreng pun ader sampailer ke sup...
pilih ajre mana yang kome nak..

ader roti canai,nasi lemak,
hokkien mee,westhern food,
teh tarik...
aa..senang citer semua ader.. kalau tak silap ler... warung-warung yang terdapat disini dibuka 24 jam..dari sarapan pagi sampailer makan tengah malam..  

Macam suami teman dan pelajar-pelajar yang tinggal disekitar kawasan pj.. boleh dikatakan hampir kesemuanyer kalau nak makan akan pergi tempat nie..kirenyer.. kalau dah tengah-tengah bulan pun boleh lagi makan disini.. harganyer berpatutan.. nasi lemak masih lagi dibungkus dengan daun pisang... roti canai memang sedap.. roti banjir dia yang POPULAR sekali..

Kalau kome bertandang ke kl atau petaling jaya singgahler sebentar di warung nie.. InsyaAllah..kome akan puashati.. setakat nie saja yang teman nak kongsikan kat kome semua..

Opssss.. ader gambo lai yang teman nak kongsikan ngan kome semua.. lihatlah dengan seribu senyuman...hehehehhe



AYAM MASAK MADU 3
(maaf ler..gambo kabur)



MANOK BERLADA



KEK JUNJUNGAN KASIH



HA..YANG NIE SPECIAL SIKIT..
KEK JULA JULI BINTANG 3

TARA..... dah HABIS ... DAH.... HEHEHEHHE

SAJER JER.. HEHEHEH..

Khamis, 3 Disember 2009

Assalammualaikum....semua,, kome tengah wat per tu...teman nie tengah nak kemas beg..
pasal esok pepagi lagi teman dah nak
bergerak balik ke ghumah keluarga teman..
cuti-cuti malaysia lah... katakan..

Dalam teman dok ngemas tadi..ader oghang datang umah ...hmm biasalah.. cuti2 sekolah nie ..apalagi kalu bukan jemputan "PERKAHWINAN"..
5 haribulan nie ajer ader 5 buah rumah yang kuarga kat MUO nak pergi... almaklumlah.. mase teman kawin dulu .. deme ader datang.. tapi..teman  x dapat ler nampak gayernyer pegi jemputan yang kat MUO nie..sebab kat kl dah kena jemput dulu..heheheh..

PADA YANG NAK MENDIRIKAN RUMAHTANGGA ,TEMAN UCAPKAN
"SELAMAT PENGANTIN BARU.. MOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT"..

* MUTIARA KATA*
"tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
andai diri tak sehebat SULAIMAN,
mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
mengapa didamba hidup sesempurna ,
MUHAMMAD jika ada keburukan pada dirimu,
bimbinglah dirinya dan terimalah
kekurangan itu sebagai keunikan,dan carilah
kebaikan pada dirinya,
bersyukurlah dipertemukan..."

perkahwinan merupakan satu langkah besar dalam kehidupan.. Alam rumahtangga adalah satu fasa baru dallam kehidupan seseorang..

Fasa baru yang dimaksudkan adalah tempoh peralihan seseorang daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain..
dari"awak&saya" menjadi "kami"..
menjadi kami bererti menjadi satu.. Ia merupakan stu fasa peralihan yang sangat "Besar" dalam kehidupan..

"KEAJAIBAN JODOH & CINTA"
Jodoh adalah keajaiban yang diciptakan oleh ALLAH sebagai nikmat buat para hamba-Nya.. Ajaib yang di maksudkan ini ialah bila kite berasa teruja bila kiter bertemu jodoh oleh ALLAH SWT atas kehendaknya..

KOME NAK CANTIK!!!! TIDURLAH DENGAN SECUKUPNYER

Tahukah kome tidur sama pentingnya dengan air dan makanan,???Ya,tidur adalah satu resepi sihat,cantik & awet muda.. Tidur yang dimaksudkan ialah tidur yang "berkualiti & sempurna"..

tetapi ada orang anggap tidur itu perkara yang remeh..Ada beberapa persoalan & perkara yang harus kome perlu tahu mengenai tidur..
Kadang -kadang bila terlebih tidur orang akan kata akan jadi gemuk... BETUL KER???? hmmm.. atau pun sebaliknya??? cuber kome fikirkan sendiri...

Yang sebetunya semasa tidur,tubuh menghasilkan HORMON PERTUMBUHAN MANUSIA(HGH)& MELATONIN..
fungsi kedua-dua hormon ini adalah untuk kecantikan,(memperbaiki sel-sel tubuh & mencegah penuaan diri serta meremajakan kembalijaringan2 tubuh yang telah haus..

Tahukah anda ,ketika tidur ada bahagian tertentu dari otak yang lambat bekerja (metabolisme glukosa lambat)& ader dibahagian tertentu yang bekerja lebih aktif..
ini kerana pada waktu tidur ,
hormon-hormon yang ada di otak
aktif bekerja & menyebabkan otak diperbaiki..

contohnya ...hormon kortisol (hormon di bahagian otak yang berhubungan dengan stres dan mood, bekerja sangat aktif pada malam hingga pagi..

tidur juga memberi waktu pada serebral korteks memperbaiki fungsinye(otak yang digunakan untuk mengingat,menvisualkan @ membayangkan perkara-perkara yang sudah berlaku sebelum tidur.. 


Bercakap dari segi kecantikan..kite dapat lihat melalui "KULIT".. ini kerana
terdapat perbezaan jelas bagi orang yang
cukup tidur dengan yang kurang tidur.. seseorang yang kurang tidur akan nampak lebih TUA dari usia sebenarnya ,sementara yang cukup tidur nampak lebih "SEGAR & MUDA"..


Dari segi penglihatan yakni "MATA",
tidur diperlukan secukupnya kerana dalam sehari otot-otot disekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah.. maksud teman.. bila kite sedih,gembira,
menangis,berkerut...itu semua nya
melibatkan otot-otot sekitar mata.. jadi.. untuk memastikan otot-otot itu menjalankan kerja mereka dengan jayanya ..
TIDUR sangat diperlukan...

ok.. sekarang nie kiter bercakap tentang kesihatan pulak..

"PARU-PARU& JANTUNG MANUSIA"
(bukan jantung pisang tau!!! itu boleh dimakan cicah sambal belac... tapi ini jantung manusia yang perlu dijaga dengan baiknyer")..
samaada dalam keadaan jaga mahupun tidur.. udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut,hidung & mengalir ke saluran pernafasan dan kemudian ke paru-paru..

hasil kajian DARI UH BARCELONA,SPANYOL..
mendapati ,kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan "ANGIN AHMAR"..
ini kerana adanya gangguan semasa bernafas menyebabkan terhalangnya aliran udara yang masuk ke paru-paru.. 

(nasihat beliau,lakukanlah aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih pada malam hari..yang akan membawa tidur yang selesa tanpa gangguan pernafasan berkala..)

jantung pula organ yang penting manusia yang tidak pernah ber henti berdetik meskipun semasa tidur, cuma masa tidur tubuh akan melambatkan denyutan jantung secara "AUTOMATIK".. ketika itu pembuluh2 darah akan melebar dan menurunkan tekanan darah.. normalnyer ,tekanan darah akan turun sekitar jam dua atau tiga pagi...

*TAPI..AWAS... serangan jantung
biasanya terjadi pada enam jam pertama  setelah bangun pagi ...ini kerana
perubahan hormon yang berhubungan
dengan irama jantung..*

*THE NATIONAL SLEEP FOUNDATION AMERIKA 
menemukan fakta bahawa jika seseorang tidur selama 1 atau 2 jam sehari,maka fungsi otak lama kelamaan akan rosak.. *

oleh itu, pendapat teman ubat yang paling mujarab untuk memperbaiki sistem pertubuhan badan ialah "TIDUR YANG MENCUKUPI".. kiter harus lebih peka tentang tidur ini kerana segala yang berlaku bermula dari tidur yang mencukupi..

RENUNG-RENUNGKANLAH....

Jumaat, 27 November 2009

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA...
PADA HARI RAYA AIDIADHA ,PAGI JUMAAT  10 ZULHIJJAH (1430-1431 )YANG  PENUH BARAKAH INI,TEMAN SEKELUARGA SEKALI LAGI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT & MENJALANKAN IBADAH KORBAN PADA KOME SEMUA...

DALAM KITER SEMUA MENYAMBUT HARI YANG PENUH SUCI DAN BARAKAH INI,JANGANLAH KITER SEMUA LEKA DENGAN KESERONOKAN & ALPA TENTANG SAUDARA MARA KITER SEMUA YANG BERADA DITANAH SUCI MAKKAH...

SEMALAM BERITA DI TELEVISYEN MENGATAKAN KEADAAN DISANA (JEDDAH)BANJIR BESAR & 2 JAMBATAN RUNTUH AKIBAT DARI PADA HUJAN LEBAT YANG MELANDA KOTA SUCI ITU ..DAN TELAH MERAGUT 77 NYAWA..

SEPERTI YANG TIDAK KITA KETAHUI,RUPA-RUPANYA HUJAN YANG TURUN SELAMA 2 JAM ITU
ADALAH BERSAMAAN 2/3 HUJAN TAHUNAN YANG TURUN DI ARAB SAUDI... SEMASA KEJADIAN ITU,HAMPIR
900 ORANG DISELAMATKAN DARI PUSARAN HUJAN/BANJIR BERKENAAN..ADAKAH INI SATU PETANDA ATAU DUGAAN DARI NYA??? APAKAH
HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN INI???HANYA
DIA YANG MAHA KUASA(ALLAH)
YANG LEBIH MENGETAHUI..KITE TERIMANYA DENGAN REDHA & SABAR.. ITU YANG PENTING..

OLEH ITU..JANGANLAH KITER SEMUA TERLALU GEMBIRA & BERDOALAH PADA TUHAN YANG MAHA ESA AGAR SEDARA -MARA KITER YANG BERADA DI KOTA MAKKAH SELAMAT & DAPAT MENJALANKAN IBADAH HAJI DENGAN SEMPURNA.. PADA MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.. KITA IRINGI DENGAN
AL-FATIHAH... AMINNN.. 
RENUNG-RENUNGKAN LAH... 

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino