Yang setia berkunjung

Memaparkan catatan dengan label ehsan dari teman lama.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ehsan dari teman lama.. Papar semua catatan

RESEPI BINGKA PELANGI & APAM YOGURT..

Isnin, 1 Mac 2010


BINGKA PELANGI TEMAN

Bahan-bahannya:-
(teman sentiasa sukat guna mug)
1 cawan  tepung gandum + 1 sudu soda bicarbonat(diayak bersama)

Bahan blender:
3/4 cawan gula
3 biji telur ( gred A)
esen vanilla ( kalau takder guna esen lain,ikut suka)
*blender bahan2 ni sampai kembang,,baru masukkan bahan2 di bawah*
 2sudu susu pekat ditambah dengan sedikit air suam ( dalam 1/4 cawan)
3/8  santan /susu cair ( teman guna susu cair jer)
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
 minyak masak kurang dari setengah cawan
nenas,( dipotong dan diblender sekali...)
*pewarna ..ikut suka*

Cara-caranya:
*masukan tepung yang diayak bersama soda bikarbonat sikit demi sikit yer ke dalam blender tadi..kemudian di blender lagi sekali untuk menyebatikan semua bahan tadi.. dalam 3 minit..  bila dah sebati tapis bahan2 ini kedalam bekas..bahagikan kepada 4 bahagian.

1 bekas warna asalnya, 1 bekas lagi warna merah, 1 bekas lagi warna biru,1 bekas lagi  warna hijau.. (ikut suka warna apa yang kome ndak..)ceduk warna asal dulu.. berselang seli ngan warna2 lain..buat sampai habis.. lepas tu ambik cucuk satay/pisau.. buatlah corak apa2 pun yang kome suka.. 
kemudian bakar sehingga masak.. nah.. mudahkan...

*oh ya.. lupa lak nak beritahu.. acuan tu mesti di griskan dulu dengan marjerin/mentega..kalau tak pun taburkan sedikit tepung ..supaya tak melekat.. kalau kome nak tau teman bakar kuih nie guna dapoq gas.. api mesti sederhana.. atas tungku tu teman lapikkan tudung periuk baru teman letakkan acuan bakar tu.. kalau x.. luar mesti hanguss...
nak tahu dah masak atu tidak.. guna cucuk satey/ pisau..cucuk hingga kedasar.. kalau kiter tarik masih ader lagi bahan yang melekat.. belum lah.. kalau kiter tarik.. takder melekat ataupun licin jer kalau kiter rasa.. dah masak lah tu...  *

anyway..selamat mencobe... oh yer..kat bawah nie teman ader lagi satu resepi.. teman jengah2 blog.. tetiba ternampak resepi nie.. tak ingat lah blog mana.. lupa.. hehehhehe
memang sedap... untuk wat minum petang..


APAM YOGURT
( c/p jer gambonyer )

Bahan-bahannya:
150 gram tepung gandum ( teman guna MUG jer.. 1 cawan )
2 s/k baking powder
60 gram gula ( teman guna 1/2 cawan"MUG")
2 biji telur
100 gram yourgurt ( teman guna yogut strawberry)
sedikit asen vanila
1 s/b minyak masak
pewarna ikut suka.. ( teman guna kaaler kuning)
 Cara-caranya:
1. Jerang air didalam pengukus
2. Ayak tepung dan baking powder, ketepikan,
3. Pecahkan telur dan mesin hingga kembang (guna mixer/ blender ),
4. Masukkan gula dan pukul lagi , selepas itu masukkan yourgurt, vanila esen dan minyak masak, putar lagi,
5. Akhir sekali baru masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk kayu atau sudu besar.
6. Siap dan boleh lah di sudukan didalam acuan apam dan kukus 8 hingga 12 minit bergantung pada saiz acuan. Kalau nak lawa sikit letak lah warna , ikutlah kreativiti sendiri ye..apam ni lembut je..dan sedap dimakan panas-panas.

BACA NIE.. BERITA BAIK.....

Ahad, 24 Januari 2010

Berita Baik Bagi Mereka Yang
Berpunggung Besar ...

Posted in Sembang2, tips kesihatan Posted by
Faridah Aziz at 12:09 PM



(JENNIFER LOPEZ SALAH SEORANG
YANG MEMPUNYAI PUNGGUNG BESAR)

LONDON - Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.


Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

BIARLAH !!!!!!

Jumaat, 18 Disember 2009

"WALAUPUN KU BERALAH.. TAPI BUKAN BERERTIKU MENGALAH.. HANYA PADA TUHAN TEMPAT KU MENGADU SEPENUHNYA... INGAT LAH.. ANAK PEREMPUAN ..
BILA DAH KAHWIN TETAP ADER MAK BAPAK,ADIK BERADIK & KELUARGA ..."

SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH 1431

Khamis, 17 Disember 2009


(INI DOA AKHIR TAHUN)
&

(INI DOA AWAL TAHUN)
(gambo diambil dari teman blogger...budi hermawan)

Teman sekeluarga ingin mengucapkan selamat tahun baru maal hijrah kepada semua.
Semoga tahun ini, Allah akan sentiasa memberi keberkatan dan pelindungan kepada kita.. amin

WARUNG KITER LAGI ( NASI LEMAK,ROTI CANAI & TEH TARIK)

Asssalammualaikum semua....sarapan aper pagi nie???? teman ngan hubby sarap roti telur ngan air kupi..... hari hujan macam nie memang memerlukan tenaga yang lebih untuk memanaskan badan.... oklah... mungkin pada kekome yang bekerja...nak bersarapan kat umah mungkin terhad... alih-alih   sarap kat luar ler nampak gayanyer... biasanyer kalau sarapan pagi nie ,kebanyakannyer mengemari NASI LEMAK,ROTI CANAI, TEH TARIK & SEBAGAINYE...


Kali nie teman nak berkongsi lagi gerai-gerai nasi lemak,roti canai & sebagainyer...dalam ruangan WARUNG KITER LAGI..... saksikan...... ZZAAAAAAAAAASSSSS!!!!



Nasi Lemak @ Restoran Sri Murni

Location: SS2, Petaling Jaya
Recommended by madey

 
"Nasi lemak di sini dihidang bersama telur goreng, ikan bilis, kacang goreng, timun, dan tak lupa juga sambal yang amat menyelerakan serta ayam goreng yang besar. Nasi lemak ini merupakan sajian kegemaran di kalangan pengunjung restoran yang tak putus-putus berkunjung ke sini. Sajian yang disediakan dan harga yang berpatutan amat berbaloi untuk semua peringkat masyarakat. "



Nasi Lemak @ warung tepi jalan


Location: keramat au1,

depan gerai-gerai makan

(depan rumah flat)

Recommended by mohd irwan
 

 
ROTI CANAI MUO-BANDAR MAHARANI
Lokasi: bandar maharani muo..
bersebelahan kfc &
hadapan pasaraya astaka...


nie memang kesukaan anak yang
mak teman jaga.... cicah gula..
 
ROTI CANAI MAMAK/MAPLEY
(MASTANGHANI)
Lokasi: PASAR BESAR JALAN OTHMAN
,PETALING JAYA.. (bersebelahan tangga).
 
"Roti canai dia memang garing,SEDAP..ramai pengunjung setiap pagi kat gerai nie...
kalau nak minum pulak..gerai sebelah dia..memang terangkat dia punya teh tarik...
 

 
INI LER ROPENYE DIA PUNYA TEH TARIK....
AMACAM... KOME NAK COBE???
 
HA... APALAGI.. GERAK LER CEPAT....
NANTI HABIS PULAK.. HEHEHEHEH

WARUNG KITER LAGI..

Rabu, 16 Disember 2009

Kome kalau naik kl/ selangor tak tau nak cari makan kat mana-mana tempat.. ha...
tempat makan kat bawah nie mungkin leh bantu.... memang best ...sedap...  lepas nie banyak lagi tempat makan yang teman nak kongsikan dengan kome semua....



Laksa @ Alisan Mamak Mee

Location: Corner MAMAK/MAPLEY
area in SS2,diantara Kelana Jaya
and Taman Bahagia LRT.


ADER MEE JAWA,(SPRTI DI ATAS) LAKSA, MEE GORENG MAMAK
 ,& BERMACAM LAI LER....




Laksa @ Laksa Penang Mega
(Tanpa Belacan)

Location: Pasar Tani Putrajaya, Pasar Tani Kerinchi,
Pasar Tani Salak Jaya,
Pasar Tani MAHA Serdang.


Recommended by Mohd Irwan

"The Best Original Recipe in Town...
Laksa Penang served Without 'Belacan'...
 Most popular at PUTRAJAYA.. almost every tuesday n friday people que to get this LAKSA PENANG MEGA without 'Belacan'.
And if u late
100kg Laksa finish before 9.00pm. You all must try.... "



Nasi Lemak @ Andalas Corner

Location: Taman Andalas, Klang, Selangor
Recommended by : deadkiss
"Best ever 'sambal' and creamy nasi lemak!!"




Nasi Lemak @ NASI BERINGIN

Location: mutiara bangsar,bangsar

Recommended by: fahdilah

 "bukan nasi lemak biasa..
nasi lemak bertumis & berempah.. nasi beringin berasal dari Muar .....terdapat pelbagai lauk seperti ayam goreng,sambal telur,sambal sotong,
rendang daging,tauhu goreng,kuah kari &
kuah kurma..."

HA..BUKAN ITU SAJE.. TEMPAT-TEMPAT NIE MEMANG POPULAR DIKALANGAN PENDUDUK &
PENGUNJUNG YANG BERJALAN-JALAN DI SEKITAR
SELANGOR & KL

3 JENIS PEMANIS MULUT TEMAN KONGSIKAN

Rabu, 9 Disember 2009

Assalammualaikum.. hari nie teman ader rasa malas nak melayn facebook..bukan aper..penat balik kampung belum reda llagi..tinggal 3 minggu jer lagi adik sepupu suami teman akan bertunang... tapi..teman sekeuarga tak dapat pergi coz..suami teman keroje..
pada Sheena Amir Hamzah...
SELAMAT BERTUNANG..

oklah.. dalam teman dok boring nie..teringat ler pulak nak update blog.. bukan aper..bila teman dah mula malas nak ngadap pc nie.. hmm.. jawabnyer mau makan 2-3 hari.. jadi..sebelum kome asyik nengok benda yang sama jer kat blog teman.. bior teman buat sesuatu dulu.. hehehehheeh...kalau kome nak tau,Hari nie teman nak berkongsi 3 jenis resepi pemanis mulut...

PUDING STRAWBERRY:
bahan-bahannya:
1 kotak susu segar perisa strawberry
1/2 peket agar-agar(standard)
buah strawberry
*masakkan agar2 bersama susu segar tadi sehingga mendidih,kacau sebati.. tuankan kedalam acuan kecil  dan sejukkan.. bila sudah sejuk ,hiaskan dengan buah strawberry*

SIRA LABU:
1/2 biji labu manis
11/2 cawan gula
11/2 cawan air
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
*labu manis di potong besar(ketepikan).. masak gula,air,kulit kayu manis &bunga cengkih.. akhir sekali masukkan labu manis yang telah dipotong tadi,masak sehingga empuk.. bila dah empuk& masak..angkat .. kome pun dah boleh ngap jam tu jugak*..

BARLI RIBENA:
(untuk 5 orang minum)
1 cawan ribena(nak kurangkan sikit pun bole)
air penuh 1 jag(air masak)
2 genggam barli(direbus terlebih dahulu
ais batu secukupnyer
*campurkan kesemuanyer sekali..dan..nah.. sedia dihidangkan..*hehehehh

RESEPI LAGI NIE...

Selasa, 8 Disember 2009

Assalammualaikum..tengah wat per malam-malam nie??? teman tengah memikiorkan.. resepi aper yang teman nak kongsikan ngan kome semua.. hm.. hmm.. lepas musim hujan haritu..nie dah timbul musim angin sendayu sepoi-sepoi...(biarlah teman jer yang tahu aper makne sendayu sepoi-sepoi tu..biarlah rahsia..kata Dato CT..)

Aha.... teman malam nie nak kongsi  resepi SARBAT SELASIH &SIRAP HIJAU BERJELI...
senang jer nak buat  ke dua-dua jenis minuman nie..Oklah..kiter mulakan dengan:(maaf ler..nie semua takder gambo, cuma teman pernah membuatnye,memang sedap dan menyejukkan badan)...

SARBAT SELASIH:
3 sudu makan gula
2 cawan air
1 sudu makan selasih /direndam terlebih dahulu
2 titik pewarna merah(yang ome suka)
1 batang kulit kayu manis
ais batu secukupnya..

*Masak air,gula,kulit kayu manis dan pewarna merah sehingga mendidih(sejukkan),masukkan kedalam gelas yang berisi selasih dan ais...Nah.... sedia dihidangkan...*

SIRAP HIJAU BERJELI:
2 cawan air
3 sudu makan gula
1 helai daun pandan
jeli(tak kiralah warna apapun)
2 titik pewarna hijau
ais secukupnya..

*Didihkan air,daun pandan& gula sehingga larut..kemudian masukkan pewarna hijau & jeli.. kacau dalam seminit 2..sejukkan..
Bila dah sejuk,masukkan ke dalam gelas yang berisi ais.. sedia dinikmati..( sesuai untuk majlis apapun,)*

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino