Yang setia berkunjung

Operasi kilang ganggu penduduk -edisi sinar harian

Selasa, 29 Jun 2010

JALAN BAKARIAH - Hasrat kira-kira 300 penduduk di sini untuk hidup dalam suasana persekitaran yangbersih dan selamat musnah dengan kewujudan sebuah kilang perabot berhampiran kediaman mereka.

Kilang perabot yang mula beroperasi sejak dua tahun lalu telah memberikan penderitaan kepada penduduk di sini.
Pada mulanya, tempat itu dikatakan sebagai tempat menyimpan barang tetapi telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penduduk mendakwa, sejak kewujudan kilang berkenaan mengakibatkan pencemaran bunyi berlebihan di samping pencemaran bau dan habuk serta keselamatan mereka turut terancam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kedudukan kilang itu terlalu hampir dengan rumah penduduk di sini. Kedudukan kilang itu dengan rumah penduduk yang berhampiran hanya pada jarak kira-kira satu meter dan hanya dipisahkan pagar di situ.

Salah seorang penduduk, Adah Mohd Yusof, 48, berkata, pelbagai langkah telah dilakukan penduduk kediaman berkenaan termasuk membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Muar (MPM),  Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan berbincang dengan pemilik kilang namun sehingga ke hari ini masih tiada penyelesaiannya.

Menurutnya, sejak kewujudan kilang itu, kehidupan penduduk di sini menjadi tidak tenteram kerana setiap hari mereka diganggu dengan bunyi bising yang kuat bermula pagi sehingga lewat malam. “Tidak cukup dengan itu, setiap hari saya juga terpaksa menahan bau yang menusuk hidung dan meloyakan dipercayai berpunca daripada semburan bahan kimia pada perabot kilang berkenaan.

“Saya sudah tidak sanggup lagi untuk terus berhadapan keadaan seperti ini kerana sering sakit kepala akibat terlalu kerap menghidu bau bahan kimia yang kuat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Katanya, kilang itu juga tidak dilengkapi dengan sistem saliran yang sistematik menyebabkan air sisa daripada kilang itu dibiarkan mengalir ke kawasan rumahnya.
“Saya bimbang kerana air sisa dari kilang ini mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan saya sekeluarga,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Ismail, 71, berkata, sebelum ini, MPM pernah mengarahkan kilang haram itu menghentikan semua operasinya serta merta pada April 2008.
“Namun penutupan operasi ini hanya sementara apabila pemilik kilang ini melanggar arahan MPM dan memulakan semula operasi kilang kira-kira empat bulan lalu,” katanya.
“Isu kilang ini juga telah mendapat perhatian dan pernah disiarkan dalam sebuah televisyen swasta,” katanya.

Katanya, pembinaan kilang itu tidak sesuai kerana dibina dalam kawasan perkampungan dan terlalu hampir dengan rumah penduduk.

“Sebelum ini, pemilik kilang pernah mengatakan akan berpindah ke kawasan lain namun sehingga ke hari ini mereka masih berada di sini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Rosnita Sofian, 28, berkata, penduduk di sini sudah tahan lagi untuk menanggung penderitaan yang dibuat kilang berkenaan.

Menurutnya, pemilik kilang itu seolah-olah tidak menghormati penduduk kerana sering mengeluarkan bunyi bising terutama pada waktu malam.
“Rumah saya juga sering dicemari debu yang dipercayai berpunca daripada habuk kayu yang dilepaskan ke rumah penduduk,” katanya.

Selain itu, penduduk di sini juga terdedah dengan ancaman penyakit berbahaya.
Katanya, ada di antara penduduk telah menghidap batuk dan sehingga ke hari ini masih belum sembuh sepenuhnya.
Malahan mereka juga mengalami masalah penyakit kulit seperti alahan.

My Favourite Motivator... Nak tahu sape???? ^_^

Selasa, 15 Jun 2010

Assalammualaikum semua..kali nie teman x nak cakap banyak2.. pasal x tau nak cakap aper lai.. seronok sangat.. Bukan apa.. terlampau teruja nak berjumpa ngan Favourite Motivator (orang dalam gambo tu)... nie baru satu.. yang satu lai.. ntah bila dapat jumpa & bergelak ketawa... memang best sangat.. kalau kome dapat teka sape sorang lai... kira kome hebat.. hhahahha..
Oklah .. apa kata kome layan gambo2 dibawah..

Kenangan Bersama MOTIVATOR Terhebat
Dr.Hm Tuah Iskandar Al-Haj...
Inilah dianya Orang yang teman perkatakan... HEHHEHE
Dr.Hm Tuah Iskandar Al-Haj..
(Seronok sangat bergambo ngan Beliau)
Husband Teman pun ingin bergambar sekali ngan
Favourite Motivator Dia...
(sama tinggi & sama manis)


Kalau tadi Teman Sorang.. Kali nie..
Dr.Hm Tuah diapit oleh Dayang2
Dari Tawar Farm...
(kak ani, kak ana, Hero , teman & kak zu..
bertambah berseri2 muka orang kat tengah2 nie.. hahha)

SERUNDING KELAPA & KUIH LOPES VERSI MAK MERTUA TEMAN..(P/S: NIE BUKAN NAK BERLAGAK KEY.. JUST KONGSI APA YANG TEMAN PELAJARI..

Sabtu, 12 Jun 2010

Assalammualaikum ,semua.. dah minum petang?.. hurm... rasanya dah nampak sawang blog teman nie.. bukan apa.. semenjak 2 menjak nie..teman duk busy sangat... banyak benda nak dibuat.. & banyak perkara yang harus diselesaikan.... dah gaya orang keje goverment lah ye... heheheh..
( sori ,kalau salah eja.. hehe.. janji ader bunyi gov+ment...hehhehe)

Oklah.. hari nie teman malazz nak bercerita ngan panjang lebor...
teman just nak kongsi gambo "Serunding Kelapa resepi orang lama"yang telah teman buat & diajar oleh Mak mertua teman sempena harijadinya  pada hari selasa 8/6..hari tu...
kome layan jelah gambo2 kat bawah nie...

Opss.... sebelum tu..'Teman mintak maaf bebanyak andai ader yang tak suka ngan cara teman /percakapan teman nie.. jangan cepat sangat buat andaian/spekulasi yang mengatakan  teman nie saje2 nak menunjuk masakan teman kat blog / fb.. tak terniat langsung,nak menunjuk2 atau nak berlagak..just nak berkongsi apa yang teman tahu.. X salah rasanya.. kalau teman nak berkongsi ilmu yang teman tahu/pelajari..  InsyaAllah.. segala ilmu yang dikongsikan sentiasa diberkati Allahs.w.t....

Sekali lai.. teman nak kabokan kat sape2 yang rasa dirinya Hebat/bagus Sangat" teman bukan jenis macam 2..ok..  Pada mereka2 yang suka bercakap kosong tu...teman mintak bebenor...
fikir dulu sebelum berkata2... "pleaselah...mind your own bussiness..key..." 
 Adioss....zaaaaaaaaaaaaaaazzzzzzzzassss...
hehheheh 
...
"Serunding kelapa yang teman
cobe buat pada hari Selasa hari2"



"Ini pulak gambo Kuih lopes yang dibuat
khas atas permintaan Mak Ajak..sempena majlis kesyukuran..
Mak kate...pada keluarga yang teringin nak makan kuih lopes.. sila contact kami... (p/s: melebihi dari 20 keping yer.. ) 

SEKITAR PERSIAPAN MAJLIS AQEQAH UNTUK 6/6..

Selasa, 8 Jun 2010

Selamat pagi semua, dah sarapan???...
pagi nie, teman sarapan yang ringkas je...
nasi lemak, kopi o, kuih muih...
tapi bukan buat tau...hulur je duit kat akak tu...(beli)..hehehehheh...

Sebelum teman lupa, hari nie merupakan Hari Lahir Buat Mak mertua teman..

Pn.Zamnah yang ke 67 tahun... & 2/6 hari tu merupakan Hari lahir buat Abah teman kat Pj..
En.Sofian yang ke 57 tahun.. semoga mereka berdua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dilindungi dari segala bahaya & petaka hendaknya...

"Kami Semua teramat menyayangi ke dua-dua Abah & Mak.. tiada beza antara Mertua dan keluarga sendiri...Ingatlah pesan orang2 tua dulu..pada yang bakal berkahwin.. bila dah kahwin, kiter bukan kahwin ngan pasangan kiter je... tapi ngan ahli keluarga sekali.. terima & menyayangi mereka sepenuh hati.. insyaAllah..berkat restu dari keluarga membawa kebahagian pada diri kiter & pasangan serta semuanya hingga ke Akhir hayat..."

Oklah... kalau entri yang lalu mengisahkan tentang Majlis kesyukuran & BBQ keluarga Mat2u...kali nie teman nak siarkan gambo2  persiapan sekitar majlis Aqeqah yang berlansung pada 6/6/2010..(tapi yang nie gambo sebelah malam 5/6/2010)...

dahlah.. teman pun banyak keroje lai nak dibuat.. aper kata kome layan jelah..apa yang teman hidangkan nie,untuk tatapan kome semua... lain2..sila tunggu gambo dari blogger2 tegar Mat2u... terutama sekali,dari blogmaster Mat2u & Kak noli.. salam... adios.... 

Sibuk sungguh Ahli2 kelab Mat2u nie,
terutama sekali Miss President... memang tabik..
cara beliau bekerja...
Kalau tadi gambo kat tempat Bbq, yang ini pulak
gambo kat dalam umah makcik zizah...
(amboi..kak enon, siap tunduk penuh khusyuk
 mengikat bunga telur tu)hehehhe

Kalau yang belah dalam tu tadi,mengikat telur...
yang kat luar nie pulak sibuk memotong bwg ,halia &
segala2 yang boleh dipotong malam tu...
ketua pemerhatinya,.. yang tengah duduk kat kerusi tu...
ahakss..

"Anak2.. hiris bawang macam nie yer.. jangan besau ,jangan halus sangat" itulah kata
Mak ngah pada anak muridnya.. hehhehe

Lagi gambo tengah menghiris... sambil menghiris siap
berjenaka lai Mak Mertua Teman nie.. hhuuh..

SEKITAR MAJLIS KESYUKURAN & ADER TETAMU MISTERI YANG HADIR...

Ahad, 6 Jun 2010

Selamat malam semua... huh... penat no rasanya teman hari nie.. berulang alik kesana kemari dalam 2 hari nie... dah ngalahkan bini YDP lak.. hehehheehhe.... Tapi, syukur Alhamdulillah.. semua Majlis dapat teman dan suami pergi...
walaupun ader rasa penat yang teramat sangat...
(orang kuatlah katakan... huhuhuu.. KUAT MAKAN... ahakss...)..

Minggu pertama bulan 6 merupakan hari yang paling bermakna bagi keluarga Mat2u... bukan apa.. semua sanak saudara berkumpul untuk meraikan majlis kesyukuran malam 5/6 & esoknya majlis Aqeqah buat baby kak sri & baby kak Tee...

oklah .. teman pun dah ngantuk tahap Gaban nie... rasa dah tak leh celik dah biji mata nie.. huhuhuuh...
Apa kata...kome layan je lah.. gambo2 sekitar malam tu... & ader tetamu jemputan khas dari SR..yang hadir memeriahkan lai majlis tersebut... My Best Frenzzzzzzz.... Layannnnnnnnnnn..
 
inilah antara hidangan yang di sajikan sekitar " Majlis Kesyukuran"
Keluarga Mat2u... malam 5/6/2010...
Tengoklah tu.. siap bawak kipas
lai abang Aji kiter nie...
(Panas ye bangg... ahaksss)
inilah Geng Mak2 Dara... hehheheh
( makan sambil bergossip... apa2 pun... peacee... dari teman)
Gaya seorang  Model &
kuih lopes nya.. ahakss...
(mak... apsal kesat mata...
kuih lopes abis ke?)
Pak ngah kekenyangan sampai tertidur...
hehehh
Ini sesi membungkus...
&
tak disangka2..  ader tetamu jauh
telah datang ke majlis kami ini...
kalau nak tahu sape..
lihat gambo bawah nie... ahakss..

Terima kasih buat wakly &
isteri serta anak yang sudi
meluangkan masa untuk bersama2
memeriahkan majlis Kesyukuran ini..
walaupun lewat tiba..kedatangan anda .. sentiasa dialu2kan oleh kami semua...

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino