Yang setia berkunjung

Kuih Tiau Sop Pedas Ala Tai Wan

Jumaat, 11 September 2009

inilah dia ruapa kuih tiau sop pedas ala tai wan..
tak sabar rasanya ..hmmm..hmm..terliur kita orang..
bilalah nak siap kuih tiau sop ni.. waktu berbuka dah nak masuk ni..
isk.isk..........hm...

beginilah rupanya kuih tiau sop yang telah masak..
dirasmikan oleh bapak mertuaku...
Bahan-Bahannya :

1 peket kuih tiau
200 gram isi ayam (yang di potong dadu)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
15 ekor ikan bilis
30 sen sawi
30 sen tauge
2 biji kentang (dipotong dadu)
10 biji cili api (kalau kurang pun takper)
garam,air dan serbuk perasa
daun bawang yang dihiris/bawang goreng cili sebagai hiasan
2 biji telur
sedikit minyak untuk menumis

cara menyediakannya:

Pertama sekali tumbuk bwg putih,bwg merah, cili api dan ikan bilis(biar kasar sedikit). Panaskan sedikit minyak ,kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan garing sedikit..apabila sudah garing masukkan air dan kentang.. masak sehingga mendidih dan kentang yang dimasukkan tadi empuk sedikit.. apabila sudah empuk bolehlah dimasukkan ayam,garam dan serbuk perasa..didihkan selama 5 minit..selepas itu pecahkan telur di dalam sup tadi, biarlah sehingga ia masak..kemudian barulah di masukkan tauge,sawi dan kuihtiau.. Masak untuk beberapa minit lagi.. Setelah masak bolehlah dihidangkan...(sop ini sesuai dimakan semasa ia masih panas lagi dan tambah meyelerakan jika di tabur hirisan daun bawang/bawang goreng cili)


0 ulasan:

Catat Ulasan

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino