Yang setia berkunjung

Ketahui... khasiat pisang...

Isnin, 2 November 2009


(tahukah anda pisang mempunyai banyak khasiat)
jom kiter layan aper khasiat  yg ader didalam
pisang..)
Tentang buah pisang:

BUAH PISANG
Selalunyer..kiter cuma tahu makan dan masak deengan menggunakan buah pisang..
Buah pisang selain enak untuk dimakan,ia juga boleh dijadikan bahan kecantikan..
Seperti masker/lulur pisang yang boleh dibuat sendiri untuk kehalusan kulit..
Bukan itu sajer... pisang juga mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan.

lulur /masker Pisang:
1biji buah pisang,
1/2 sudu Madu,
air
3 sudu beras yang ditumbuk..
(gaulkan semua hingga sebati,
kemudian lumurkan keseluruh badan..
biarkan sehingga kering, dan bilas ngan air suam.)
*anda akan dapat rasakan perbezaannya*(buat 2 kali seminggu)

Antara khasiat pisang :
SEMBELIT
Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

TEKANAN DARAH :
Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang.
Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi
mereka yang melakukan diet rendah garam.

SEIMBANGKAN FUNGSI JANTUNG:
Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh,
 kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

REDAKAN TEKANAN:
Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah, 
oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang,
 mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia.
‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung
menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

KURANGKAN RASA MUAL:
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang.
boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

KULIT PISANG :
PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam.
Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak)..
 ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya.
Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang.
Insya-Allah, hasilnya memuaskan.
Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG :
Darah tinggi dan strok - >
pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan
potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol-> 
pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - >
potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang... 
amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia -
anaemia ialah penyakit kurang darah.
Kerana pisang kaya dengan zat besi,.. 
ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

AWAS : Buah pisang ader kebaikan dan keburukannyer:
bagi pesakit kencing manis..tidak sesuai memakan buah pisang selalu..
ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino