Yang setia berkunjung

KOME NAK CANTIK!!!! TIDURLAH DENGAN SECUKUPNYER

Khamis, 3 Disember 2009

Tahukah kome tidur sama pentingnya dengan air dan makanan,???Ya,tidur adalah satu resepi sihat,cantik & awet muda.. Tidur yang dimaksudkan ialah tidur yang "berkualiti & sempurna"..

tetapi ada orang anggap tidur itu perkara yang remeh..Ada beberapa persoalan & perkara yang harus kome perlu tahu mengenai tidur..
Kadang -kadang bila terlebih tidur orang akan kata akan jadi gemuk... BETUL KER???? hmmm.. atau pun sebaliknya??? cuber kome fikirkan sendiri...

Yang sebetunya semasa tidur,tubuh menghasilkan HORMON PERTUMBUHAN MANUSIA(HGH)& MELATONIN..
fungsi kedua-dua hormon ini adalah untuk kecantikan,(memperbaiki sel-sel tubuh & mencegah penuaan diri serta meremajakan kembalijaringan2 tubuh yang telah haus..

Tahukah anda ,ketika tidur ada bahagian tertentu dari otak yang lambat bekerja (metabolisme glukosa lambat)& ader dibahagian tertentu yang bekerja lebih aktif..
ini kerana pada waktu tidur ,
hormon-hormon yang ada di otak
aktif bekerja & menyebabkan otak diperbaiki..

contohnya ...hormon kortisol (hormon di bahagian otak yang berhubungan dengan stres dan mood, bekerja sangat aktif pada malam hingga pagi..

tidur juga memberi waktu pada serebral korteks memperbaiki fungsinye(otak yang digunakan untuk mengingat,menvisualkan @ membayangkan perkara-perkara yang sudah berlaku sebelum tidur.. 


Bercakap dari segi kecantikan..kite dapat lihat melalui "KULIT".. ini kerana
terdapat perbezaan jelas bagi orang yang
cukup tidur dengan yang kurang tidur.. seseorang yang kurang tidur akan nampak lebih TUA dari usia sebenarnya ,sementara yang cukup tidur nampak lebih "SEGAR & MUDA"..


Dari segi penglihatan yakni "MATA",
tidur diperlukan secukupnya kerana dalam sehari otot-otot disekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah.. maksud teman.. bila kite sedih,gembira,
menangis,berkerut...itu semua nya
melibatkan otot-otot sekitar mata.. jadi.. untuk memastikan otot-otot itu menjalankan kerja mereka dengan jayanya ..
TIDUR sangat diperlukan...

ok.. sekarang nie kiter bercakap tentang kesihatan pulak..

"PARU-PARU& JANTUNG MANUSIA"
(bukan jantung pisang tau!!! itu boleh dimakan cicah sambal belac... tapi ini jantung manusia yang perlu dijaga dengan baiknyer")..
samaada dalam keadaan jaga mahupun tidur.. udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut,hidung & mengalir ke saluran pernafasan dan kemudian ke paru-paru..

hasil kajian DARI UH BARCELONA,SPANYOL..
mendapati ,kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan "ANGIN AHMAR"..
ini kerana adanya gangguan semasa bernafas menyebabkan terhalangnya aliran udara yang masuk ke paru-paru.. 

(nasihat beliau,lakukanlah aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih pada malam hari..yang akan membawa tidur yang selesa tanpa gangguan pernafasan berkala..)

jantung pula organ yang penting manusia yang tidak pernah ber henti berdetik meskipun semasa tidur, cuma masa tidur tubuh akan melambatkan denyutan jantung secara "AUTOMATIK".. ketika itu pembuluh2 darah akan melebar dan menurunkan tekanan darah.. normalnyer ,tekanan darah akan turun sekitar jam dua atau tiga pagi...

*TAPI..AWAS... serangan jantung
biasanya terjadi pada enam jam pertama  setelah bangun pagi ...ini kerana
perubahan hormon yang berhubungan
dengan irama jantung..*

*THE NATIONAL SLEEP FOUNDATION AMERIKA 
menemukan fakta bahawa jika seseorang tidur selama 1 atau 2 jam sehari,maka fungsi otak lama kelamaan akan rosak.. *

oleh itu, pendapat teman ubat yang paling mujarab untuk memperbaiki sistem pertubuhan badan ialah "TIDUR YANG MENCUKUPI".. kiter harus lebih peka tentang tidur ini kerana segala yang berlaku bermula dari tidur yang mencukupi..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino