Assalammualaikum..tengah wat per malam-malam nie??? teman tengah memikiorkan.. resepi aper yang teman nak kongsikan ngan kome semua.. hm.. hmm.. lepas musim hujan haritu..nie dah timbul musim angin sendayu sepoi-sepoi...(biarlah teman jer yang tahu aper makne sendayu sepoi-sepoi tu..biarlah rahsia..kata Dato CT..)
Aha.... teman malam nie nak kongsi resepi SARBAT SELASIH &SIRAP HIJAU BERJELI...
senang jer nak buat ke dua-dua jenis minuman nie..Oklah..kiter mulakan dengan:(maaf ler..nie semua takder gambo, cuma teman pernah membuatnye,memang sedap dan menyejukkan badan)...
SARBAT SELASIH:
3 sudu makan gula
2 cawan air
1 sudu makan selasih /direndam terlebih dahulu
2 titik pewarna merah(yang ome suka)
1 batang kulit kayu manis
ais batu secukupnya..
*Masak air,gula,kulit kayu manis dan pewarna merah sehingga mendidih(sejukkan),masukkan kedalam gelas yang berisi selasih dan ais...Nah.... sedia dihidangkan...*
SIRAP HIJAU BERJELI:
2 cawan air
3 sudu makan gula
1 helai daun pandan
jeli(tak kiralah warna apapun)
2 titik pewarna hijau
ais secukupnya..
*Didihkan air,daun pandan& gula sehingga larut..kemudian masukkan pewarna hijau & jeli.. kacau dalam seminit 2..sejukkan..
Bila dah sejuk,masukkan ke dalam gelas yang berisi ais.. sedia dinikmati..( sesuai untuk majlis apapun,)*
1501. LAKSA GANDUM KUAH CILI PADI HIJAU 1.
-
Bahan kuahnya:
Ikan kembung
Bawang besar
Belacan
Cili padi
Bunga kantan
Masak mcm biasa
Bahan mee laksa:
Tepung gandum dan air sahaja
5 hari yang lalu



0 ulasan:
Catat Ulasan