Yang setia berkunjung

BACA NIE.. BERITA BAIK.....

Ahad, 24 Januari 2010

Berita Baik Bagi Mereka Yang
Berpunggung Besar ...

Posted in Sembang2, tips kesihatan Posted by
Faridah Aziz at 12:09 PM



(JENNIFER LOPEZ SALAH SEORANG
YANG MEMPUNYAI PUNGGUNG BESAR)

LONDON - Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.


Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak."Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya," kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce (seperti gambar diatas)merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. - Agensi

skrg org yang punggung dan peha besar boleh tersenyum bila membaca artikel ini.Segala2nya ade hikmahnya dan patut bersyukur dengan apa yang kita ade*

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino