Yang setia berkunjung

SEDIKIT INFO BUAT TATAPAN KOME PETANG KHAMIS NIE...

Khamis, 11 Februari 2010

Assalammualaikum dan selamat petang..hmmm hari nie teman nak berkongsi sikit sebanyak info tentang penjagaan wajah..cam Wajah Dato Siti Nurhaliza...

Amacam... cantik kan...
ha... mesti kome semua sukakan.. tambah2an lagi pada bakal2 pengantin..mesti nak tahu camna caranye nak naikan seri wajah...kat bawah nie teman ader sedikit info untuk kome semua...
ha...apalagi..jom kiter layannnnzzzzzzzzzzzz:-

Mengekalkan Seri WajaH
Wajah pengantin menjadi tumpuan
ramai pada hari pernikahannya.
 Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.

Cam pengantin Baru nie..Serina Chefwan..

Menghapuskan Jerawat:-
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
Yang Pertama:-
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Yang Kedua:-
Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
Yang Ketiga:-
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
Yang Keempat:-
Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
Yang Ke lima:-
Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Yang Keenam:-
Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka..
Yang Ketujuh:-
Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan Bintik Hitam:-
Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
 Ataupun kome leh mencobe 2 lagi cara/petua di bawah nie:-

  • Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.

  • Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu..

 Tegangkan Kulit Muka:-
1)Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.

2)Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannyA..

Amacam???? semua dah tahu cara nak menjaga seri wajahkan..  ha...apalagi... cube lah... petua nak naikan SERI WAJAH...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino