Yang setia berkunjung

AL-FATIHAH BUAT ACHIK SPIN... SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT... AMINN

Ahad, 18 April 2010


Al-Fatihah buat Allahyarham Achik Spin..semoga rohnya dicucuri rahmat.. aminn..perkhabaran yang baru teman terima nie.. benar-benar meruntun jiwa... mana taknya  tak sampai sebulan rasanya kiter kehilangan Allahyarham Din Beramboi, kini  kiter kehilangan seorang lai penghibur diarena seni suara... Allahyarham Achik Spin yang meninggal dunia petang semalam .
(kat bawah nie ader keratan berita ..ehsan dari oh malaysia)


(Gambar kenangan.)

17 April 2010Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin meninggal dunia petang tadi selepas kereta Toyota Estima yang dinaiki bersama-sama kawannya terbabas di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas). Arwah tersepit di dalam kereta sebelum kereta itu terbakar. Arwah meninggal di tempat kejadian. Kawan arwah bagaimanapun sempat keluar daripada kereta itu untuk menyelamatkan diri.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Achik Spin. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino