Yang setia berkunjung

Al-fatihah (Kemalangan Ngeri 10.10.10 Simpang Ampat Di Lebuhraya Utara Selatan .. 12 maut 40 lagi cedera...)

Isnin, 11 Oktober 2010

Assalamualaikum & Selamat pagi semua..,
Seperti gambar dibawah..Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nantikan kebanyakan umat manusia dengan peristiwa-peristiwa menarik seperti perkahwinan, pernikahan dan juga aktiviti-aktiviti bersosial semasa keluarga.. Sebelah umah teman nie pun buat keje kawin tarikh 10.10.10.. katanya tarikh keramat... keramat cam mana , teman pun tak tau.. janji ..Semuanya dalam situasi gembira... Alhamdulillah...

(gambar hiasan)
Tetapi tidak pada 12 nyawa dan lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan 7 buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau Negeri Sembilan semalam.....

Difahamkan trajedi ngeri ini berlaku pada 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita. Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti. Kenderaan yang terbabit dalam kemalanagan itu ialah sebuah bas
 express Delima,sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas express Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya. “Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

(Gambar bas menghempap MyVi.)

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki. -Kosmo

(Kelihatan polis sedang memindahkan Mayat2  yang terlibat
dalam kemalangan ngeri ini,
di bahu jalan diletakkan sebelum di bawa ke hospital berdekatan..)
(Al-Fatihah buat mereka yang telah tiada....Semoga roh2 mereka ditempatkan disisi orang2 yang beriman.. Takziah Dari Kami buat ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri ini.. semoga tabah mengharungi dugaan ini & redha atas ketentuan Ilahi... aminn)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino