“Sakbejo-bejone uwong,luwih bejo wong kang iling lan waspodho”. ha.... jangan panik jangan risau.. ini tetap blog yang sama.. tuan punya yang sama... hehhehe kalau nak tahu.. itulah Falsafah Jawa... maknanya:seberuntung-beruntungnya orang,lebih beruntung orang yang selalu ingat dan waspada” kawan Yong selalu cakapkan ayat nie..hehheh
Ini baru betul punya ..Salah satu Falsafah kegemaran Yong..
"orang yang berpandangan positif akan melihat peluang dalam segala keadaan yang buruk. manakala orang yang berpandangan negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik."
Jadikan kata2 ini peransang untuk kehidupan yang lebih maju & positif dalah kehidupan kome & Yong..hehheheh
Pagi2 nie... Yong bukan nak kongsi resepi .. atau gambo makanan..hehheh tapi... Yong nak membincangkan satu topik yang paling digemari oleh Yong... selalunya kiter hanya tahu kata2 keramat falsafah... tapi..tahukah kome apa itu Falsafah... Moh kiter bersarapan ngan minda yang cergas & pemikran yang positif... hehhehe(sekadar renungan bersama2)
Opss..lupa pulak...sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut mengenai falsafah dan peranannya dalan hidup dan kehidupan yang sungguh luas dan mencabar ini, marilah kita sama-sama menelurusi makna serta intipati bagi falsafah ini.
Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud cinta dan suka manakala sophia pula bermaksa hikmah. Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud kepada sukakan hikmah. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri denan makna yang jelas.
Falsafah pula perkataan yang berasal dari terjemahan bahasa arab iaitu dari perkataan falasifah, falsafah dan failasuf. Perkataan ini telah di "tasrifkan" menjadi masdar yang merupakan sebuah perkataan mendatang yang di serap masuk dalam bahasa arab.
Dari sudut istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini dapat di lihat dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari kalangan failasuf Islam mahupun Barat. Selain dari itu, tidak terdapat makna yang sepakat dari kalangan ahli failasuf tentang makna falsafah itu sendiri, makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan waktu bagi para ahli failasuf.
Apa yang boleh saya simpulkan di sini, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal ini kerana, ia memerlukan satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia ini. Ia meliputi segala ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini.
Artikel Di tulis oleh D'KRISTAL COLLECTION (untuk dikongsi pada kome semua...)
0 ulasan:
Catat Ulasan