Yang setia berkunjung

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN HARI LAHIR YANG KE 48

Ahad, 31 Januari 2010


Assalammualaikum semua.. rasenyer dah lama gak tak bersiaran di blog kesayangan teman nie.. bukan aper ..sejak suami teman x berapa sihat nie.. masa lebih banyak diperuntukkan pada suami tercinta..

Anyway,hari nie bertarikh 31 Jan 2010 merupakan
hari lahir buat Mak Anjang..
Teman sekeluarga dari teratak ITA@IPIN mengucapkan
Selamat Ulang Tahun Hari Lahir ke-48 Tahun buat
Puan Nor Ananni Hj Abd Aziz
atau lebih dikenali sebagai Mak Anjang di
kalangan Keluarga Mat Tuyu.

Semoga Mak Anjang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, disihatkan tubuh badan ,sentiasa gembira disamping keluarga tercinta dan Insya Allah tak lama lagi nak dapat menantu......hehehe....

PEMBERITAHUAN:BLOGMASTER MAT2U DAH KELUAR WAD JAM 5.30 PTG

Rabu, 27 Januari 2010

Assalammualaikum.. teman ader berita terkini yang ingin disampaikan pada keluarga & kengkawan yang selalu mengunjungi teratak ini.. hari ini jam 5.30 petang
arifin @ ipin,suami teman  dibenarkan
keluar wad /pulang kerumah..



syukur alhamdulillah,berkat doa dari ahli keluarga dan kengkawan semua semuanyer baik-baik belaka.. setakat nie,yang teman diberitahu suami teman kena jaga makan,kurangkan makan luar dan yang paling penting tahap cholestrol perlu di turunkan.. (setakat petang tadi keputusan
tahap cholestrol 5.6)

TERIMA KASIH TEMAN UCAPKAN PADA KELUARGA & KENGKAWAN KERANA MENGAMBIL BERAT TENTANG SUAMI TEMAN... DOA KALIAN TAK TERBALAS DENGAN KATA2...TAPI DIBALAS DENGAN PAHALA DARI YANG MAHA ESA..

IPIN MASUK WAD KUL 3.00 PAGI 25.01.10

Selasa, 26 Januari 2010

Assalammualaikum.. pada keluarga2& sahabat handai  yang teman kasihi..maaf kalau teman lambat memberitahu.. suami teman arifin@ipin telah di masukkan ke-wad 7 dihospital Pakar Sultanah Fatimah Muar atas sebab sebu dada...


Doktor syak mungkin ader sakit jantung.. tapi jangan khuatir,
setakat nie KE ARAH PENYAKIT itu Tidak Ada sama sekali..
X-RAY,ECO & PROSEDUR  Lain semuanyer ok dan takder masalah.. Normal...
mungkin tahap cholestrol yang tinggi(hari checkup 6.4,          tapi semalam turun 5.7)Faktor Berat Badan /makan yang tak menentu masa punca terjadinyer sebu dada..kalau takder apa-apa mungkin Esok ..dibenarkan pulang..  

Give away,Deko English Style

Ahad, 24 Januari 2010



salam...hari tu teman ader ler berjalan2 dari blog ke blog...tetiba teman nengok ader contest nie siap ngan gambo deko nie..apalagi la...hihihi..seronok beb..bila lihat giveaway dari mrsnor hati nie berbunga-bunga.. tengah dok pk..alangkah seronoknyer kalau teman yang dapat deko giveaway nie...rasa dunia nie teman yang punya..

BACA NIE.. BERITA BAIK.....

Berita Baik Bagi Mereka Yang
Berpunggung Besar ...

Posted in Sembang2, tips kesihatan Posted by
Faridah Aziz at 12:09 PM



(JENNIFER LOPEZ SALAH SEORANG
YANG MEMPUNYAI PUNGGUNG BESAR)

LONDON - Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.


Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Cute Kan...hehehhe

Aunty Yong Ipin Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino