Bahan-bahannya;
1 biji betik muda atau yang separuh masak
(dibuang kulit dan diracik sederhana halus)
10 ekor udang(dibuang kulit)
15 biji cili api(lebih pun takpe pada yang suka pedas)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 ekor ikan bilis
sedikit minyak masak
sedikit belacan
perasa,garam dan air
cara menyediakannya;
Betik yang diracik tadi digaulkan dengan sedikit garam,biarkan seketika.
sementara itu belacan,bwg merah,bwg putih,cili api dan ikan bilis ditumbuk,
panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing sedikit..apabila sudah garing masukkan udang..masak selama 5 minit,kemudian barulah dimasukkan betik tadi, serbuk perasa dan air sedikit..masak sehingga betik tu empuk..pada yang suka berkuah bolehlah menambah air lebih sikit. selamat mencuba..
(resepi ni resepi orang tua dulu2..)
1501. LAKSA GANDUM KUAH CILI PADI HIJAU 1.
-
Bahan kuahnya:
Ikan kembung
Bawang besar
Belacan
Cili padi
Bunga kantan
Masak mcm biasa
Bahan mee laksa:
Tepung gandum dan air sahaja
5 hari yang lalu



0 ulasan:
Catat Ulasan