Assalammualaikum...ucapan ini khas buat suami tercinta..
ABANG,
Hadirmu bersama wangian kasturi dari alam syurga,
melebur segala duka di hati,berbicaralah aku pada nada suaramu,
bertudunglah aku pada kedut matamu,berbicara lagi pada mata hatimu
dengan nada dan getar suaramu..
Abang..tiada hadiah yang dapat sayang berikan pada hari lahirmu, hanya dengan sepotong ayat yang lahir dalam diri ini bahawa..
HANYA ABANG YANG KU CINTAI,KUSAYANGI DAN KUKASIHI BUAT SELAMANYA.. percayalah..sayang ku..
Pada Tuhan Yang Esa..ku panjatkan doa sempena hari lahirmu ini...agar dirimu sentiasa
dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur ,sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ikatan kemesraan antara kita berdua sentiasa kukuh hingga ke akhir hayat kita berdua..
Amin.....
0 ulasan:
Catat Ulasan